- 1. KONSEP MUZIK
- -Melodi
- -Irama
- -WarnaTon
- -Ekspresi
- -Harmoni
- -Bentuk
- -Tekstur
- 2. Melodi – susunan pic secara melintang
- Pic tinggi dan pic rendah - menaik, menurun, mendatar
- Pic dalam melodi boleh bergerak menuju arah tinggi, rendah & mendatar - jeda
- Pic boleh bergerak secara bertangga melompat - skel
- Ton-ton dalam 1 siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu rangkaian pic - frasa lagu
- Gabungan beberapa rangkaian pic bentuk sebuah melodi
- Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi/lagu
- Pic boleh disusun secara berurutan - sekuen
- 3. Warna Ton
- Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh berbagai sumber seperti: suara manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi, dll yang mempunyai ciri-ciri tersendiri
- Bunyi mempunyai mutu yang berlainan – ton gelap, padat, cerah, garau, kasar, nyaring
- Hasil dan mutu bunyi disebabkan oleh bahan-bahan itu dibuat, cara dibuat dan dibunyikan seperti: membranofon – gendang, dram idiofron – kerincing, gong aerofon – flut, clarinet, trumpet kordofon – gitar, piano, harp, gambus
- 4. Irama – diaplikasikan semua unsur yangberkaitan dengan unsur masa dalam muzik
- Detik – muzik yang bergerak kepada beat/ bunyi yang stabil
- Not, tanda rehat – setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang/pendek
- Meter – kumpulan atau himpunan beat membentuk tanda masa atau meter
- Tekanan – beat-beat mempunyai tekanan/accent
- Corak irama / ostinato / rentak – gabungan not /beat membentuk corak irama yang berlainan/berulang-ulang
- 5. Harmoni
- – hasil gabungan 2 pic/lebihdisusun secara menegak dan dinyanyikan/dimainkan serentak
- Jeda – 2 bunyi dibunyikan serentak
- Triad / kord- gabungan 3 / lebih pic dimainkan serentak
- Round, polofoni, deskan, kaunter melodi 2 / lebih rangkaian melodi boleh digabungkan & dibunyikan serentak
- Kord iringan, homofoni - iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni
- 6. Tekstur
- – ditentukan oleh berbagai kombinasi gabungan bunyiyang didengar
- Solo, duet, trio kuartet, orkestra, koir - sesuatu bunyi yang didengar memberi nipis atau satu / tebal atau banyak
- Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni monofoni – satu bunyi yang sama homofoni – melodi yang diiringi oleh alat seperti piano/gitar polifoni – dua/lebih melodi dibunyikan serentak
- 7. Bentuk
- – sesuatu paten / corak boleh dihasilkan melalui gabunganbeberapa pic / ton
- Frasa – gabungan siri pic menghasilkan idea
- Seksyen, koras, rangkap -rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan 1 idea muzik yang besar
- ABA, berulang, kontras -segmen muzik (motif, frasa, boleh diulang dan berbagai
- Intro, koda - segmen muzik seperti intro & yang akhir boleh diadakan
- 8. Ekspresi
- – gabungan semula elemen deskriptif termasuk tempo, dinamik yang menghasilkan satu ekspresi idea muzik
- Dinamik – sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat / lembut
- Crescendo - /Decrescendo - satu siri bunyi boleh dikuatkan secara beransur / dilembut secara beransur-ansur
- Sustain / legato / staccato - sesuatu bunyi boleh dilanjutkan, dilicinkan & dipendekkan
- Cepat / lambat - sesuatu siri bunyi yang boleh dicepat dan dilambatkan
- Mud, riang, tenang, cemas, cergas
Muzik Malaysia
Monday, October 1, 2012
Elemen Muzik
Wednesday, September 19, 2012
ALAT MUZIK MELAYU
GAMELAN
Alat-alat gamelan:
BONANG:
Bonang
merupakan alat terpenting dalam muzik gamelan, berfungsi sebagai intro
lagu. Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya
berbalut.
GAMBANG:
Merupakan
alat muzik yang diperbuat dari kayu keras, mempunyai 21 keping kayu
berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza ketebalan dan
panjang. biasanya dimainkan menggunakan 2 bilah kayu pengetuk yang
dipanggil 'mallet'. cara memainnya dengan mengetuk menggunakan kedua-dua
belah tangan serentak.
KENONG:
Kenong
menyerupai gong tapi lebih nipis, bulat dan kecing berbanding gong.
Alat ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat
daripada kayu keras untuk menghasilkan bunyi yang merdu setelah diketuk.
Alat pengetuk yang digunakan sama sepeti pengetuk bonang.
SARON
Saron
terdiri daripada bilah-bilah yang disusun di atas tapak kayu. terdapat
3 jenis saron iaitu saron demong, saron penerus dan saron peking.
GENDANG:
Gendang
merupakan satu alat yang penting dalam setiap persembahan gamelan,
ibarat tidak lengkap sesebuah persembahan gamelan tanpa gendang malah
pincang.
GONG:
Berperanan seperti tulang belakang dalam persembahan gamelan.
NOBAT
ALAT-ALAT NOBAT:
SERUNAI
Alat ini bebentuk seperti 'flute'.
Menurut seorang pemain Nobat, batang serunai ini diperbuat daripada
batang pokok cili padi dengan tujuan untuk memerdukan lagi bunyinya.
Bahagiannya diperbuat daripada salutan perak dan sisinya daripada suasa.
Lidah serunai ini diperbuat daripada daun ‘thai’.
Ukur panjang serunai ini adalah 43 cm. Mempunyai tujuh lubang
dipermukaan atas batang serunai dan satu lubang kecil dibawahnya. Lubang
ini akan menentukan not lagu apabila dimainkan.
GENDANG IBU DAN GENDANG ANAK
Ukur panjang gendang ini adalah 20' bersamaan dengan 50 cm. Manakala lebar mukanya 7' jejari. Ia diperbuat daripada kayu yang baik dan tahan lasak untuk mengeluarkan bunyi yang baik. Ia menggunakan kulit harimau di sebelah kanan dan kulit kambing di sebelah kiri.
Permukaan kulit kiri dimainkan dengan tangan manakala sebelah kanan pula dimainkan dengan paluan kayu Kemuning.
Kedua-dua jenis gendang ini mempunyai tali yang memudahkannya untuk digalas ke tempat-tempat permainan. Di sekeliling gendang tersebut dililit dengan rotan kertas sepanjang 1 kaki. Alat ini dibalut dengan kain berwarna kuning.
NAFIRI
GONG
Alat
ini diperbuat daripada tembaga merah daripada tanah Jawa. Batang
pemukul gong ini diperbuat daripada kayu keras yang kuat dan disalut
dengan kain kuning. Gong ini digantung pada satu tempat khas dinamakan ‘ cagak’. Luas pemukaan gong ini adalah kira-kira 18' dengan bahagian tengahnya membonjol keluar.
NAKARA
NAKARA
Gendang
satu muka berukuran 12 inci panjang dan berukuran lilit 36 inci.
Badannya diperbuat dari kayu merbau yang berongga dan permukaannya
ditutup dengan kulit kijang.
Nahara
dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua batang rotan halus
berukuran 17 ½ inci panjang. Semasa dimainkan sebatang kayu anggaran 70
inci panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning diletakkan di bawah
nahara supaya permukaan nahara mudah dipalu.Tuesday, September 18, 2012
ALAT MUZIK CINA
ERHU (二胡)
Erhu sepanjang 80 sentimeter dan bentuknya ringkas.
Selepas
tahun 1949, penbuatan, pembaharuan dan persembahan Erhu mendapat
kemajuan. Ia boleh dimain solo dan juga boleh dimain sebagai alat muzik
irama.
Gendang merupakan alat muzik pukul yang sering dimainakan di China. Berdasarkan galian yang ditemukan dapat ditentukan gendang telah bersejarah selama kira-kira 3000 tahun. Pada purbakala, gendang bukan saja dimainkan semasa mengadakan sembahyang atau persembahan nyanyian dan tarian, akan tetapi itu juga digunakan untuk mengarahkan tentera, menghiraukan haiwan, memaklumkan masa dan mengeluarkan alarm. Sampai kini, penggunaan gendang semakin luas, itu sering digunakan dalam orkes alat muzik tradisional, drama, nyanyian, tarian, upacara perayaan, pertandingan dan lain-lain. Gendang terdiri daripada kulit dan badan, kulit gendung biasanya dibuat dengan kulit haiwan, dan ditutup kepada kedua-dua hujung badan gendang. Bahagian dalam gendang ialah kosong, kedua-dua hujungnya kecil seditik berbanding bahagian pertengahan badan gendang. Memukul kulit gendang, gentaran kulit gendang akan mengakibatkan gendang berbunyi.
GONG (锣)
Gong merupakan sejenis alat muzik pukul tradisional China, kedudukannya sangat penting dalam orkes muzik rakyat China. Ia juga dimainkan untuk mengiringi nyanyian dan tarian dalam pelbagai drama dan opera tempatan China. Gong juga sering dimainkan dalam kumpulan perayaan, pertandingan perahu naga, tarian singa dan lain-lain.
Gong diperbuat daripada logam, badan gong merupakan sebuah permukaan lengkung, pemain memukul bahagian pertengahan permukaan lengkung itu, jadi badan gong bergentar dan menghasilkan berbunyi.
GENDANG (鼓)
Gendang merupakan alat muzik pukul yang sering dimainakan di China. Berdasarkan galian yang ditemukan dapat ditentukan gendang telah bersejarah selama kira-kira 3000 tahun. Pada purbakala, gendang bukan saja dimainkan semasa mengadakan sembahyang atau persembahan nyanyian dan tarian, akan tetapi itu juga digunakan untuk mengarahkan tentera, menghiraukan haiwan, memaklumkan masa dan mengeluarkan alarm. Sampai kini, penggunaan gendang semakin luas, itu sering digunakan dalam orkes alat muzik tradisional, drama, nyanyian, tarian, upacara perayaan, pertandingan dan lain-lain. Gendang terdiri daripada kulit dan badan, kulit gendung biasanya dibuat dengan kulit haiwan, dan ditutup kepada kedua-dua hujung badan gendang. Bahagian dalam gendang ialah kosong, kedua-dua hujungnya kecil seditik berbanding bahagian pertengahan badan gendang. Memukul kulit gendang, gentaran kulit gendang akan mengakibatkan gendang berbunyi.
GONG (锣)
Gong merupakan sejenis alat muzik pukul tradisional China, kedudukannya sangat penting dalam orkes muzik rakyat China. Ia juga dimainkan untuk mengiringi nyanyian dan tarian dalam pelbagai drama dan opera tempatan China. Gong juga sering dimainkan dalam kumpulan perayaan, pertandingan perahu naga, tarian singa dan lain-lain.
Gong diperbuat daripada logam, badan gong merupakan sebuah permukaan lengkung, pemain memukul bahagian pertengahan permukaan lengkung itu, jadi badan gong bergentar dan menghasilkan berbunyi.
YANGQIN (杨琴)
Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat
China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan
dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat
penting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.
Menurut
catatan buku sejarah, sebelum abad pertengahan, negara-negara Arab pada
zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur Tengah mempopularkan sejenis
alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman Dinasti Ming ( 1368 –
1644), seiring dengan perkembangan hubungan persahabatan yang kian akrab
antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur, alat muzik Satailiqin
dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut. Pada masa
permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di
kawasan Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat
lain di China. Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China,
Satailiqin itu menjadi alat muzik instrumen China dan namanya diubah
sebagai Yangqin.
ALAT MUZIK KLASIK CINA YANG LAIN, ANTARANYA:
ALAT MUZIK KLASIK CINA YANG LAIN, ANTARANYA:
RUAN (阮) SHENG (笙)
DIZI (笛子) GUZHENG (古筝)
PIPA (琵琶) BA (扒)
Subscribe to:
Posts (Atom)