GAMELAN
Alat-alat gamelan:
BONANG:
Bonang
merupakan alat terpenting dalam muzik gamelan, berfungsi sebagai intro
lagu. Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya
berbalut.
GAMBANG:
Merupakan
alat muzik yang diperbuat dari kayu keras, mempunyai 21 keping kayu
berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza ketebalan dan
panjang. biasanya dimainkan menggunakan 2 bilah kayu pengetuk yang
dipanggil 'mallet'. cara memainnya dengan mengetuk menggunakan kedua-dua
belah tangan serentak.
KENONG:
Kenong
menyerupai gong tapi lebih nipis, bulat dan kecing berbanding gong.
Alat ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat
daripada kayu keras untuk menghasilkan bunyi yang merdu setelah diketuk.
Alat pengetuk yang digunakan sama sepeti pengetuk bonang.
SARON
Saron
terdiri daripada bilah-bilah yang disusun di atas tapak kayu. terdapat
3 jenis saron iaitu saron demong, saron penerus dan saron peking.
GENDANG:
Gendang
merupakan satu alat yang penting dalam setiap persembahan gamelan,
ibarat tidak lengkap sesebuah persembahan gamelan tanpa gendang malah
pincang.
GONG:
Berperanan seperti tulang belakang dalam persembahan gamelan.
NOBAT
ALAT-ALAT NOBAT:
SERUNAI
Alat ini bebentuk seperti 'flute'.
Menurut seorang pemain Nobat, batang serunai ini diperbuat daripada
batang pokok cili padi dengan tujuan untuk memerdukan lagi bunyinya.
Bahagiannya diperbuat daripada salutan perak dan sisinya daripada suasa.
Lidah serunai ini diperbuat daripada daun ‘thai’.
Ukur panjang serunai ini adalah 43 cm. Mempunyai tujuh lubang
dipermukaan atas batang serunai dan satu lubang kecil dibawahnya. Lubang
ini akan menentukan not lagu apabila dimainkan.
GENDANG IBU DAN GENDANG ANAK
Ukur panjang gendang ini adalah 20' bersamaan dengan 50 cm. Manakala lebar mukanya 7' jejari. Ia diperbuat daripada kayu yang baik dan tahan lasak untuk mengeluarkan bunyi yang baik. Ia menggunakan kulit harimau di sebelah kanan dan kulit kambing di sebelah kiri.
Permukaan kulit kiri dimainkan dengan tangan manakala sebelah kanan pula dimainkan dengan paluan kayu Kemuning.
Kedua-dua jenis gendang ini mempunyai tali yang memudahkannya untuk digalas ke tempat-tempat permainan. Di sekeliling gendang tersebut dililit dengan rotan kertas sepanjang 1 kaki. Alat ini dibalut dengan kain berwarna kuning.
NAFIRI
GONG
Alat
ini diperbuat daripada tembaga merah daripada tanah Jawa. Batang
pemukul gong ini diperbuat daripada kayu keras yang kuat dan disalut
dengan kain kuning. Gong ini digantung pada satu tempat khas dinamakan ‘ cagak’. Luas pemukaan gong ini adalah kira-kira 18' dengan bahagian tengahnya membonjol keluar.
NAKARA
NAKARA
Gendang
satu muka berukuran 12 inci panjang dan berukuran lilit 36 inci.
Badannya diperbuat dari kayu merbau yang berongga dan permukaannya
ditutup dengan kulit kijang.
Nahara
dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua batang rotan halus
berukuran 17 ½ inci panjang. Semasa dimainkan sebatang kayu anggaran 70
inci panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning diletakkan di bawah
nahara supaya permukaan nahara mudah dipalu.