Wednesday, September 19, 2012

ALAT MUZIK MELAYU



GAMELAN
 
Gamelan merupakan himpunan alat muzik seperti bonang, gambang, gendang dan gong.  Perkataan 'gamelan' berasal daripada perkataan Jawa iaitu 'gamel' yang bermaksud memukul atau tukul. kemudian gamelan diperkenal kan ke pahang dan seterusnya ke Terengganu.
 
Alat-alat gamelan:

BONANG:
Bonang merupakan alat terpenting dalam muzik gamelan, berfungsi sebagai intro lagu. Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut.


GAMBANG:
 Merupakan alat muzik yang diperbuat dari kayu keras, mempunyai 21 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza ketebalan dan panjang. biasanya dimainkan menggunakan 2 bilah kayu pengetuk yang dipanggil 'mallet'. cara memainnya dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan serentak.


KENONG:
Kenong menyerupai gong tapi lebih nipis, bulat dan kecing berbanding gong. Alat ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan bunyi yang merdu setelah diketuk. Alat pengetuk yang digunakan sama sepeti pengetuk bonang.


SARON
Saron terdiri daripada bilah-bilah  yang disusun di atas tapak kayu. terdapat 3 jenis saron iaitu saron demong, saron penerus dan saron peking.

GENDANG:
Gendang merupakan satu alat yang penting dalam setiap persembahan gamelan, ibarat tidak lengkap sesebuah persembahan gamelan tanpa gendang malah pincang.




GONG:
Berperanan seperti tulang belakang dalam persembahan gamelan.









NOBAT

Nobat adalah sejenis pancaragam DiRaja yang hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula hanya boleh terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja. Sejak berabad, nobat hanya sinonim di telinga penduduk yang tinggal di sekitar kawasan nobat sering dimainkan seperti Alor Setar, Kuala Kangsar, Kelang dan Kula Terengganu. Manakala masyarakat luar tidak banyak yang mengetahui mengenai Nobat. Bertitik tolak daripada ini, Yang DiPertuan Agong pertama yang dilantik selepas negara mencapai kemerdekaan iaitu yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah mengistiharkan muzik Nobat sebagai muzik istana. Nobat telah dimainkan di istana negara sebagai pengesahan kepada pertabalan itu. Sejak itu Nobat mula dikenali masyarakat umum. 
 
 
 
ALAT-ALAT NOBAT:

SERUNAI
Alat ini bebentuk seperti 'flute'. Menurut seorang pemain Nobat, batang serunai ini diperbuat daripada batang pokok cili padi dengan tujuan untuk memerdukan lagi bunyinya. Bahagiannya diperbuat daripada salutan perak dan sisinya daripada suasa. Lidah serunai ini diperbuat daripada daun ‘thai’. Ukur panjang serunai ini adalah 43 cm. Mempunyai tujuh lubang dipermukaan atas batang serunai dan satu lubang kecil dibawahnya. Lubang ini akan menentukan not lagu apabila dimainkan. 

GENDANG IBU DAN GENDANG ANAK


Ukur panjang gendang ini adalah 20' bersamaan dengan 50 cm. Manakala lebar mukanya 7' jejari. Ia diperbuat daripada kayu yang baik dan tahan lasak untuk mengeluarkan bunyi yang baik. Ia menggunakan kulit harimau di sebelah kanan dan kulit kambing di sebelah kiri.

Permukaan kulit kiri dimainkan dengan tangan manakala sebelah kanan pula dimainkan dengan paluan kayu Kemuning.

Kedua-dua jenis gendang ini mempunyai tali yang memudahkannya untuk digalas ke tempat-tempat permainan. Di sekeliling gendang tersebut dililit dengan rotan kertas sepanjang 1 kaki. Alat ini dibalut dengan kain berwarna kuning.
 





NAFIRI

Alat ini berbentuk yang panjangnya 33 cm. Nafiri diperbuat daripada perak tulen. Ia mempunyai Temeluk yang terdapat pada dua bahagian berbentuk seperti buah 'kandis'. Bahagian serombong Nafiri ini agak leper dan berbunga-bunga.

GONG
Alat ini diperbuat daripada tembaga merah daripada tanah Jawa. Batang pemukul gong ini diperbuat daripada kayu keras yang kuat dan disalut dengan kain kuning. Gong ini digantung pada satu tempat khas dinamakan ‘ cagak’. Luas pemukaan gong ini adalah kira-kira 18' dengan bahagian tengahnya membonjol keluar.
   

NAKARA


Gendang satu muka berukuran 12 inci panjang dan berukuran lilit 36 inci. Badannya diperbuat dari kayu merbau yang berongga dan permukaannya ditutup dengan kulit kijang.
Nahara dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua batang rotan halus berukuran 17 ½ inci panjang. Semasa dimainkan sebatang kayu anggaran 70 inci panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning diletakkan di bawah nahara supaya permukaan nahara mudah dipalu.
 
 
 

No comments:

Post a Comment